Sunday, November 29, 2009

SELAGI ADA WAKTU SELAGI ITU ADA PENGORBANAN

Semperna bulan zulhijjah bulan , bulan ummat islam melakukan ibadah haji di Makkah Al- mukarramah ,semperna ummat islam melakukan ibadah korban di seluruh dunia. Saya ingin mengajak insan yang terbaca blog yang tak seberapa ini, mengingati kembali tokoh-tokoh pejuang islam, di nusantara dan tokoh-tokoh pendakwah, yang datang ke nusantara untuk menyelamat kan ummat manusia daripada bertuhan kan berhala-berhala,pokok kayu,bukit bukau,gunung ganang, pulau di lautan dan lain-lain lagi yang tak perlu di nyatakan di sini. Sungguh besar pengorbanan mereka menyelamat kan kita daripada agama nenek moyang kita (hindu dan budha)kepada agama fitrah (islam)

Islam sampai Nusantara lebih 700 tahun dahulu, seperti mana kita tahui berikutan penemuan batu bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.Walaupun banyak perbezaan pendapat di kalangan ahli -ahli sejarah tentang kemasukan islam ke Nusantara. Ada pendapat mengatakan islam masuk melalui China, malalui India dan Semenanjung Arab.Tapi di sini saya ingin mengajak pembaca sekalian lebih menumpukan lebih perhatian, kepada pendapat yang menyata kan kemasukan islam dari dunia Arab, di mana apa yang saya ketahui pendakwah-pendakwah yang datang dari Hadhralmaut (Yaman) datang ke alam melayu melaui jalan laut. Pada masa itu jalan laut sangat merbahaya,lanun-lanun barkeliaran mencari mangsa tampa belas kasihan dan peri kemanusiaan, lautan bergelora sukar untuk di janka, banyak liku-liku kesensaraan di tengah lautan.Pengorbanan mereka tersangat lah besar yang harus di kenang dan di ingati oleh penganut islam di seluruh Nusantara.Mereka datang tampa di minta upah dan ganjaran daripada manusia demi menyelamat kan manusia daripada lembah jahiliah. Mereka sanggup meningal kan anak dan isteri, tanah air tercinta dengan berbekal kan iman dan sedikit barang dagangan sekadar untuk menampung kehidupan.

Kesunguhan dan kecekalan yang penuh dengan keikhlasan mareka telah di bayar oleh Allah swt dengan harga yang tiada ternilai untuk dihitung, Allah telah mengurnia kan kejayaan kepada mereka dengan islam nya sebilangan besar penduduk Nusantara. Pada hari dengan sendiri nya kita dapat melihat hasil-hasil perjuangan dan perngorbanan mereka. Kita patut bersyukur kepada Ilahi dan mempertahan kan islam ini dengan sebenar-sebenar nya seperti mana pengorbanan mereka untuk datang kesini.

bersambung....................................................

Tuesday, November 17, 2009

APA YANG DI PERTANGGUNG JAWAB KEPADA KITA

Sebagai muslim ,sebelum kita tidur apa yang harus difikir kan oleh kita sebelum mata di pejam , sebelum selimut yang berat yang ditanggung kita itu di tarik.Apa yang kebaikan yang telah dilakukan pada siang hari tadi yang boleh membawa kita ke syurga atau apakah kejelikan kita pada siang hari tadi yang membawa kita kelembah nearaka.Apa yang paling di takuti kita pada sing hari tadi jalan yang membawa kita ke syurga atau jalan yang membawa kita ke lembah neraka.

Sebagai peringatan kepada kita supaya menjadi renungan bersama bahawa syurga neraka mudah di tulis pada lembaran dan terucap dengan kata-kata, akan teatapi yang sebenar nya kebanyakan dikalangan kita syurga neraka itu sukar tertulis di hati yang mencorak kan kehdupan kita sebagai seorang insan.Adakah kita seorang penganut islam yang sah akidah nya atau seabalik nya, sedar lah kita sebenar di dalam jiwa kita penuh dengan reorika permukaan yang berlandas kan kemunafikan tampa kita sedari .

Kita ingin masuk syurga malang nya kita melakukan amalan ahli neraka,kita takut terjerumus ke dalam neraka tetapi amalan tersangat jauh dengan amalan ahli syurga.Apabila di tanya siapakah di kalangan kamu yang mahu masuk syurga, dengan bersemangat kita mengankat tangan sambil bertakbir dengan penuh bersemangat, adakah cukup sekadar itu pengorbanan kita.

bersambung..................................................

Sunday, November 15, 2009

KENANGAN DI SUNGAI PETANI

Saturday, November 14, 2009

MALAM

BERJUANG LAH KITA MENEGAK KAN KALIMAH LAILAHAILALLAH

Contohi Presiden PAS yang cool dan sabar mendengar orang mengkritiknya

Oleh Dinsman

Saya nak sambung sikit tulisan Isnin lepas. "Orang-orang politik jangan sombong dan angkuh." Saya mulakan tulisan itu dengan paragraf pertamanya: "Tak sangka rupa-rupanya perkara itu begitu serius. Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Kalau tidak, semua orang pakat duk sembunyikan benda-benda yang mereka tak suka itu, dengan anggapan ia hanya perkara kecil. Rupa-rupanya ia bukan lagi perkara kecil."

Dan respons kepada tulisan itu, yang kebetulan juga selepas berlangsungnya Seminar Khas PAS itu, rupa-rupanya lebih daripada apa yang saya tak duga dulu itu. Ingat mulanya ia tidaklah begitu serius. Tetapi rupa-rupanya ia betul-betul serius. Sana sini orang menyatakan kekecewaan dan harapan yang telah pudar dan patah. Aduuh!...

Berbagai aduan dan cerita terus sampai lagi kepada saya. Bukanlah nak percaya begitu saja kepada semua yang disampaikan itu, tetapi kebanyakannya adalah pengukuhan kepada apa-apa yang memang kita sendiri pernah alami dan temui. Cerita-cerita kekecewaan dan kehampaan orang-orang yang mengharapkan PAS dan KeADILan benar-benar tidak serupa dengan Umno.


Sekali apabila harapan rakyat itu telah pudar dan patah, hendak mengembalikannya semula kepada keadaan yang baik seperti sebelumnya, atau dengan kata yang sering digunakan sekarang - hendak 'memperkasakannya' semula, bukanlah satu kerja mudah. Tidak cukup dengan menganjurkan seminar, dan tidak cukup dengan menganjurkan konvensyen. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak langkah pimpinan di depan, rakyat di belakang mulalah bercempera mencari 'ikon' baru tempat mengadu.

Apabila orang awam mula berkata: "Sama sajalah, PAS-kah, KeADILan-kah, Umno-kah, semuanya sama. Belum menang rakyat didahulukan. Bila dah menang semua nak berebut kuasa. Harapan rakyat tidak dipedulikan lagi."

Betul. Saya bersetuju dengan Lim Hong Siang (editor MerdekaReview versi Melayu) yang mengatakan "PAS bukan takut menang, tapi gagal uruskan kuasa". Baru sahaja mendapat sebahagian daripada kemenangan yang diperjuangkan, pihak pimpinan sudah menunjukkan 'warna' keikhlasan kepimpinan mereka yang mengundang kecurigaan di kalangan rakyat yang menaruh harapan menggunung kepada mereka.

Saya juga berfikir panjang dengan kenyataan Zolkharnain Abidin (bongkarsauh.blogspot) yang pulang dari Seminar Khas itu dengan membawa kehampaan, kerana katanya seminar itu "mengulangi komitmen-komitmen lama yang memang telah diketahui umum". Atau barangkali 'persepsi' Zolkharnain itu salah? Saya tak tahu, sebab saya tak hadir dalam seminar itu, makanya saya berfikir panjang membaca kenyataannya.

Seorang YDP kawasan bertanya saya, "Apa sebenarnya tujuan seminar itu?" Saya tanyakan dia semula, "Ustaz tak pergikah?" Dia jawab dia pergi. Ah, saya tak pergi ...

Apa pun, alhamdulillah, orang ramai mulai berfikir secara serius akan masalah yang sedang kita hadapi. Itu tanda-tanda dan ciri-ciri baik bagi sebuah masyarakat. Dan paling saya gembira ialah apabila Prof Dr Aziz Bari yang mengkritik Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang begitu keras itu, diundang pula untuk menyampaikan pandangannya dalam seminar itu.

Tak usah fikir lainlah. Fikirkan kalau yang Aziz Bari kritik itu bukan Presiden PAS, tapi Presiden Umno. Apa akan jadi? Mungkinkah Umno akan undang Aziz Bari membentangkan pandangannya dalam seminar khas Umno? Saya tak fikir itu boleh berlaku dalam Umno. Sebaliknya Aziz Bari mungkin akan kehilangan jawatannya di Universiti Islam Antarabangsa.

Maka untuk itu saya fikir kita patut mengucapkan syabas kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Jelas dia seorang yang berhemah tinggi dan berjiwa besar. Teladan yang ditunjukkan itu, kita harap, akan menyemarakkan lagi ciri-ciri demokrasi dan kebebasan bersuara dalam PAS.

Tak mengapalah dengan kekecewaan dan kehampaan yang masih wujud di kalangan rakyat di sana sini. Itu tandanya harapan masih ada. Hanya kita perlulah memberikan perhatian yang lebih bersungguh-sungguh kepadanya. Yang terjadi telahpun terjadi. Kita terimalah realiti dan fakta itu, dan kita bekerjalah bagi mengembalikan semula harapan dan kepercayaan rakyat kepada kita

Bukan saja PAS. KeADILan pun sama. Sana sini timbul masalah "pemimpin yang bermasalah". Mula di Perak, kemudian di Pulau Pinang, kemudian di Kedah, dan sekarang di Selangor pula. Maka saya pun jadi terfikir juga - apakah ini semuanya terjadi secara kebetulan, atau kerana salah pimpinan masing-masing (PAS dan KeADILan), atau sebenarnya ini semua terjadi akibat daripada usaha 'underground' pihak Umno?

Saya terfikir begitu kerana saya dan kawan-kawan tidak mahu percaya bahawa para pimpinan peringkat atasan PAS boleh begitu mudah menimbulkan "masalah-masalah" itu. Kita macam tidak percaya? "Eh, takkan mereka boleh berfikir macam itu?"

Maka itulah kami pun berfikir bahawa "masalah" yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat sekarang ini, ada kemungkinannya sebagai akibat daripada usaha halus dan tersembunyi di pihak Umno-BN. Mereka "membaca" di mana tersembunyinya kelemahan-kelemahan pihak yang memimpin PAS dan KeADILan sebagai manusia (kerana manusia itu mesti ada lemahnya), lalu mereka membuat serangan secara tersembunyi di sebalik helah-helah yang kelihatannya "baik" dan "lebih baik", demi untuk "Islam dan Melayu" - konon!

Tidak salah kita berfikir begitu. Kemungkinan itu memang ada. Bahkan saya lebih cenderung mempercayai kemungkinan itu. Memang kita boleh ketawa dengan slogan retorik Perdana Menteri Najib - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tetapi kita jangan pandang remeh dan lekeh kepada pemikiran dan strategi di belakang slogan itu.

Ketika harapan rakyat penyokong Pakatan Rakyat mulai pudar dan patah, tidak mustahil sebahagian mereka akan 'termakan' dengan slogan retorik itu. Sebab: kalau PAS dan KeADILan pun sama saja dengan Umno-BN, lebih baiklah sokong Umno-BN, dah tentu mereka lebih mampu untuk menolong rakyat, kerana mereka banyak duit.

Ha, kalau rakyat sudah berfikir seperti itu, bahaya besar. Bukan bahaya kecil, tapi bahaya besar. Maka eloklah kita cepat-cepat menyedarkan sesama kita, seperti yang disarankan al-Quran (surah al-'Asr), supaya kita sering ingat-mengingati, nasihat-menasihati.

Dan jangan cepat marah kalau orang menegur dan mengkritik kita. Jangan cepat melenting dan menuduh orang nak sabotaj kita. Contohi Presiden yang cool dan sabar mendengar orang mengkritiknya. Sekali lagi syabas Tuan Guru!

sumber : tranungkite online

Friday, November 13, 2009

PENGUMUMAN : CERAMAH DIMASJID RHU SILA

CERAMAH DIMASJID RHU SILA
INTIFADAH HAMAS DI PELASTIN .

TARIKH:
13/11/2009
(JUMAAT)

PENCERAMAH
DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI HJ AWANG
(PRISIDEN PAS)

UST NASARUDIN HASAN TANTAWI
(KETUA PEMUDA PAS)

WAKIL HAMAS DI MALAYSIA

WAKIL DARIPADA INDONESIA

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Tuesday, July 7, 2009

SEKITAR BRANSTORMING DPP KAWASAN MARANG

Bergambar sebelum pulang

Pesrta khusuk mendengar ucapan Mamtan ketua

Acara sepakan penalti




tari..tarik..tarik....


Pengarah semasa ucapan sulongnya



Ayam organik ke ni ???



Selepas solat maghrib

Tuesday, June 23, 2009

PENGALAMAN PILIHAN RAYA







GAMBAR KENANGAN KU